BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahlan wa sahlan

Thursday, August 13, 2009

Pelangi Pagi






'Abang,petang ni mira akan bertolak.Mira cuma nak restu abang sebagai suami Mira.Mira tak mungkin akan tolak tawaran kedua ini setelah mira dh tolak tawaran pertama.Tiada guna Mira masih di Malaysia sedangkan hati Mira sakit.Sakit abang tau tak bila suami sendiri beralih arah kepada wanita lain.Abang tak perlu cakap apa2 sebab Mira dh tekad Mira akan keluar rumah ini.Terima kasih abang untuk segala-galanya..terima kasih..air mata aku mengalir deras tanpa aku sempat menoleh pada lelaki itu.Maafkan Mira abg segala dosa Mira..
" Terpulang Mira,abang tak halang .Memang mira tak layak duduk di rumah ni..Mira boleh berambus..jangan tunjuk lagi muka kau kat sini.Lagi satu perempuan tu lebih layak untuk ganti tempat kau.Dia cantik,bergaya dan tak macam kau mira.Pergi la..Aku kahwin dengan kau pun bukan sebab aku cinta kan kau.Aku kahwin dengan kau sebab emak ayah aku suruh.Emak ayah aku dengan emak ayah kau kawan baik.Aku pun tak terfikir akan kahwin dengan kau Mira..




"Kalau macam tu,abang ceraikan lah Mira,Mira boleh bina hidup sendiri tanpa abang.Anak dalam kandungan Mira biarlah mira besarkan sendiri..
"Apa?anak? Amir Haiqal suami aku memandang aku terkejut...
"Ya ,anak ini..anak kita tapi abang dh buta sebab perempuan tu..sudahlah abang.Tak perlu berlakon dan pura-pura depan Mira abang.Depan papa mira..depan mama Mira..cukup abang..aku terus keluar meninggalkan rumah itu...
Mira...mira tunggu abang.Lelaki itu cuba menghalang aku dari memandu kereta Honda Civic Biru itu tapi aku terus menekan pedal minyak tanpa menoleh..Aku sedih,kecewa bila aku nampak sendiri dengan mata sendiri.Mesra..terlalu mesra.Mata aku tidak pernah menipu.Sebenarnya,sebelum ini kawan2 sekerja ku pernah juga terserempak dengan suami aku tapi aku pekakkan telinga.Aku tak percaya kerana selagiaku tidak nampak di depan mata aku..mustahil suami yang aku sayang dan hidup bersama selama 5 tahun sanggup buat begitu pada aku.Aku mati2 dan aku marah bila mereka mengatakan bukan2.AKhirnya..bukti depan mata aku ketika aku terdetik selepas aku membuat Medical Check-up di Klinik berdekatan dan hasil dari scanning aku disahkan hamil 2 minggu. Dan tiba-tiba mataku ternampak satu kereta yang aku teramat kenal.Itu kereta suami aku.Tapi kenapa ad perempuan?dan mereka keluar dari kereta dan berpegangan tangan .Apa semua nya? "Oh, ini siapa abang?aku menyerang tiba-tiba.Oh,ini lah bakal isteri abang ye.Fine....muka lelaki itu pucat tak berdarah.Mira!!mira nanti dulu.

Kali ni aku nekad..aku harus pergi sejauh mungkin.Biar aku bawa hati yang remuk dan hancur berkecai.Aku perlu masa untuk tenangkan fikiran..Aku terlalu sayang dia dan terlalu mempercayai dia.Dia cinta pertama aku tapi semuanya dh terbongkar.Lagu Aliyah seolah-oleh menceritakan kisah aku " Begitu hidup ini,tiada yang abadi"....air mata bergenang tapi aku terus memecut Honda ku tanp mempedulikan kereta disebelah kiri dan kanan.Aku harus pergi untuk menyambung pengajian ku dalam Bidang Psikologi di University of Glasgow di United Kingdom dan kalau tidak terjadi perkara ini akan memilih untuk sambung di Malaysia.Tapi perkara dh terjadi dan tiket penerbangan dh selesai di booking oleh papa aku.
Aku tiba di KLIA pada jam 5 petang dan penerbangan ku dijangka pada pukul 6 petang...
lagi satu jam bisikku..aku berjalan ke surau berhampiran untuk menunaikan solat sunat musafir.Selesai itu tiba2 handphone ku berbunyi untuk diangkat...
aku melihat panggilan dari "hubby" berkali2.Aku terus menekan cancel dan kali ini aku memang rasa terlalu benci dengan lelaki penipu begitu...

Aku keluar dengan beg tolakku dan barang-barang lain dan aku terus check-in. Sekali lagi handphone ku berbunyi tapi no itu dari papa ku.."Ye pa.Mira nak bertolak dah.Mira tak sanggup duduk sini lagi pa.Papa tolong pesan dgn Amir,tak perlu cari Mira.
Habis sahaja aku bercakap,lelaki itu tiba2 muncul dihadapanku..untuk apa dia kesini?jantungku hampir tersentak..terkejut."Mira,maafkan abang bertindak terburu-buru.Walau apapun abang tak kan ceraikan mira.Abang takkan benarkan lelaki manapun menyentuh mira.

"Abang,kenapa abang masih tak faham lagi.Mira dari awal lagi dh cakap mira benci dengan lelaki penipu dan khianati kepercayaan mira .Sekali mira ditipu,mira akan benci orang tu sampai bila2.
"Walau dengan abang?abang suami mira.Abang ad hak atas anak tu.Itu anak kita kan? Lelaki itu memegang tanganku seolah-olah memujukku..
lepaskan tangan mira abg..
"Abang takkan lepaskan tangan mira selagi mira tak cakap yang mira maafkan abang".
ok,mira maafkan abang tapi mira minta sangat abang jangan cari mira.

Tiba-tiba terdengar 1 pengumuman "Attention to passenger Boeing MH1114 to UK please proceed to Arrival Hall now.Thank you"
"Perhatian kepada penumpang pesawat MH1114 ke United Kingdom sila ke Balai Berlepas sekarang juga.Terima kasih"
"Maafkan Mira abang" .Aku terus menarik jemariku dari genggaman dia..Air mata mengalir lagi deras tapi aku tak berdaya untuk menoleh padanya.

Mira,nanti dulu!!!mira..mira tunggu abang..mira abg takkan ceraikan mira..abg takkan ceraikan mira..mira kena ingat tu...!!!!!
< To be continued>

Saturday, August 8, 2009

My Cats

Gambar2 kenangan bermula dari Mika n Emon, Boboy dan MM.Kucing2 ni kucing kesayangan aku even ad stray cat pun aku x kisah.Bila jaga elok2, bagi makan, ubat diaorg dh aktif balik. Mcm jaga budak kecik juga..memang lasak tp bila kita penat buat keje bila layan diaorg hilang stress.Boleh disiplinkan diaorg tp make sure ms diaorg kecik lagi.Kdg2 dengar cakap tp kdg2 tu diaorg pun degil juga..


MM





Boboy




Boboy




Mika n emon



Semua tinggal kenangan n yg ad skrg Mika n Emon yg aku amik balik setelah dibuang..mmg nakal budak2 tp dengar kata.

Love Cat


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Love Animals..Don't abouse them!!

Salam Ramadhan Eid Mubarrak





SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA SAHABAT2 KU

Wednesday, August 5, 2009

Imbas2-14 Mac Tragedy

Pagi yang indah hari ini...environment rasa nyaman je sb bru lps hujan.Aku seakan terlupa disini ad H1N1.En.Bob n En.Suzaini pun x de.Msg2 x masuk sini so aku MERDEKA...haha..tp x bermakna aku dok lepak je..bnyk benda nak buat.Aku fikir2 juga bila lah aku nak pindah department ni.Aku nak settlekan cepat.Lagi 7 minggu je lagi nak settle Internship.Pejam celik sebenarnya dh nak dekat habis dah.Lps ni giliran aku tinggalkan IKTBN selepas Fazlan n Kak Nor.Aku rindu MMU.Maklumlah dh dulu pernah cuti sampai 3 bulan lamanya.Bukan sekejap tu ni sb gara-gara accident.Aku accident pd 14 Mac 2009 pd hari Sabtu.Sebenarnya sebelum kejadian aku ad salah faham dengan emak aku bukan apa..aku geram dgn emak sb nak buang kucing-kucing aku.Kucing2 nakal tp comel2.Dengan aku dia x buat perangai dengan org lain dia tunjuk belang.Emak n adik aku suka kucing tp x lebih macam aku la.Aku ni bolehlah dikategori cat lover.Ad satu hr tu emak aku rancang nak buang kucing sebab dia buat sepah,masa tu aku terlintas langsung n terfikir..kalau emak aku buang jugak,ad bad happen akan terjadi dekat aku.Aku mintak supaya lepas ni emak aku berubah fikiran.Rupa2 nyer mmg terjadi benda buruk dekat aku.Lama jugak aku marah dengan emak aku.Pd hari tu sepatutnya yg menghntr adik aku tuition ialah adik aku no2..Kak Ngah.Tp biasalah dia tu kalau nak pergi time ikut mood dia bru dia pergi kalau tak de..adik2 aku memang mcm tu kadg2 termasuk aku juga..hehe.Aku bawak kete Pajero mcm biasa..emak,abah n adik aku mamat gi KL masa tu sb nak berubat utk mamat,tulang belakang dia ad masalah.Aku drive pajero hntr adik-adik aku dekat Bangi kelas melukis.Adik aku Husin nak beli Liquid..dia kata x nak beli dkt Dengkil,nak beli dkt Warta.Dengan ms tu blm hujan lagi..singgalh Kedai Buku kat atas..belek2 novel mcm biasalah rutin aku kalau ke kedai buku nak tunggu pukul 5 petang.Ms tu dalam 2 lebih.Dalam belek2 novel aku keluar tak beli pun..window shopping je menunggu adik aku Husin yg leka main games dkt satu kedai Games kat luar.Leka betul..lama gak tunggu dia habis main.Husin duit2 games tu dia dpt hasil korek tabung.Bukan nak simpan Bank semua habis belanja..duit dia memang habis ke games atau benda2 lain yg dia minatlah.Aku cakap mcm ni" Husin kata nak beli liquid paper"..pastu dia jawab " x jadilah long,beli kat Dengkil la"..ms tu geram betul aku kejap nak kejap tak nak..sia2 je lah gi kedai tp aku diam je.Dalam leka tunggu Husin main games aku dapat mesej dari BF aku yg tersilap mesej.Sepatutnya mesej tu hntr kat emak dia tp tersend dkt aku berbunyi mcm ni " Mak,emak apa khabar?mak Iyan dapat brpa A.Emak ika ad tel emak?mak bila nak pinangkan .......?mesej tu mesej terakhir sebelum aku accident.Selalunya bila mesej dia masuk aku cepat reply tapi ms tu aku diam je.Memang tak terdetik nak balas sebab mesej salah kan dan x silap aku aku forward mesej tu kt dia balik..mesej tu buat aku nervous jgk dia tny mcm tu kan kat emak dia..hehe..
Lama menunggu Husin aku pesan kat Husin aku nak ke bawah gi Pharmacy.AKu pesan kat dia kalau nak cari aku cari kat bawah.Tak sangka masa tu hujan turun dengan lebatnya pd 14 Mac hr Sabtu.Memang lebat..Husin tiba2 turun bawah kata jom amik ode..tapi aku cakap nnt dulu hujan lebat kalau drive pun tak nampak.Husin desak aku,aku keluar lah jugak.Aku tak suka didesak..ikut je lah.Memang lebat masa tu memang tayar pajero pun dh tenggelam sikit.AKu start kereta n drive slow2 dari Bangi menghala ke area Kajang lama...slow2 bawak,memang pakai seat belt pun kelajuan pun biasa tahap sederhana.Dh sampai aku amik diaorg pastu on d way nak balik Bangi n Putrajaya ok..ms tu Handphone aku di tangan adik aku husin.Fikiran aku tak menentu memikir mana tau husin hntr msg2 bukan2 dkt dia..sb dh brpa kali husin n adik2 lain hntr msg bukan2 dkt dia.Hati aku gelisah la kalau dia hntr apa2..dia leka main games la kot..adik lain Siti n Kirah (ode)dh tidur.Jalan basah..aku bwk dlm 100 kot nak balik rumah cpt..tu lah perkara ni x sepatutnya berlaku.Jgn lah berfikiran bdk2 mcm aku ni..sampai simpang nak masuk Dengkil dah kat situ ad 2 jalan satu naik Flyover gi Bandar Baru Salak Tinggi dan satu simpang belah kiri kecik je menghala ke Dengkil.Memang jalan tu la aku guna selalu.Aku rasa ok je n tiba2 kirah jerit "Kak Long lopak"..aku brek tiba2 kete pajero terbalik sekali di sebelah aku n menghempap divider..aku dh terbalik dh ni..panik ms tu Tuhan je tau..nak memangis semua ad..takut semua ad..bercampur2 aku ingat aku akan mati.Mujur x de kenderaan di belakang.Siti dah menangis,kirah selamat sebab dia dh dpt rasa n husin tangan dia terbelah masuk kaca tingkap.Handphone aku..aku x tau kat mana..handbag x usah cakap..penuh darah..tudung aku n baju aku koyak n darah bnyk melimpah kat jalan.Aku sempat mati enjin..kalau pajero terbalik di sebelah minyak n enjin x off,kemungkinan org ckp pajero boleh meletup.Tuhan sayangkan aku..aku selamat tp jari aku tak selamat..aku tak sedar n tiba2 terpandang jari aku hampir putus..ngeri masa tu..lagi sikit je..hancur mmg hncur melekat lagi dkt cermin yg pecah tu. aku dh menangis masa tu pastu ad org lalu lalang nmpk ramai jugak tolong aku..kejadian berlaku pd 5.30 petang..aku nak balik sbm pukul 6.Pajero di tegakkan baru aku dpt keluar.2 tayar meletup n pajero hny calar balar n kemek sikit..cermin 2 pecah di belah depan..side mirror je.Tmpt aku n tmpt Husin.
Itulah 1st time aku accident selalu tengok org accident n kali ni jd kat aku.
2 org uncle India bwk aku n Husin ke Hospital Putrajaya..sampai Hospital Putrajaya aku dihntr trus ke ICU..tp prosesnya lambat giler n dahlah darah aku dh bnyk keluar lps tu dia lambat2 kan pulak proses aku.Boleh lagi tny sakit ni dalam tahap ke berapa..adik sakit ni dalam range ke brpa..1-10 je..aku ckp 10.Mcm2 tny bru aku dpt masuk hospital.Baju aku dh kena tukar sb memang koyak dh x boleh pakai n nurse tu tolong gunting n tukar baju lain.Tunggu DR punya lambat sb dia on d way..masa tu aku x rasa sakit..aku cuba ingat DIA..
tb2 aku nmpk abah aku dh sampai..aku memang dh terbaring..diaorg cuci sikit luka2 aku n bagi antiseptik..check2 smua ad patah atau tak n mmg x de patah.Jari aku je x dpt diselamatkan..aku dgr dia snap2 gmbr tangan aku guna kamera handphone sementara nak tunggu DR Chua sampai..aku dihntr x-ray n aku ditahan wad.
Aku x cover Insurance sb insurance dh expired..memang benda nak jadi..aku x dpt nak halang.Masa tu betul org ckp dh terlambat..memangis mcm mana pun bukan boleh buat apa pun...
Dh 4 bulan lebih dah..dan sekarang ni aku dh recover walau x sepenuhnya tp aku dh boleh buat keje2 rutin walau rasa lain dengan anggota silikon ni tp dpt memudahkan aku buat keje..Jari silikon ni aku tempah bila dh pindah ke Hospital Tawakal..DR MUIZ org paling penting yg dh bnyk tolong aku..aku operate 2 kali di bwh dia.Masa msuk besi n bila nak keluarkan besi.Emak abah terima kasih banyk2 sb dh terlalu bnyk berkorban.Kalau nak tau aku la anak dia yg kerap sakit.Satu pengajaran utk semua apply la Life Insurance.Jgn jd mcm aku..Aku tak tau mcmana nanti aku kahwin.Dia sanggup ke?dia sanggup terima kalau saudara-mara dia x suka aku?tp dia pnh ckp dia akan bersama dengan aku susah n senang.Dia terima aku seadanya..aku hrp dia tunaikan..
ad jodoh ad lah kan..

eh..jauhnya aku mengelamun.Dh nak rehat dah..ika..ika

Salam

Ini ialah Online Diari ku yang kedua.Bukan apa sebab nak try layout baru ni.Baru nak belajar sikit.Dalam proses nak belajar.Oh ya,walau blog aku ad 4,aku hny akan bukak mana yang sempat je.Sebabnya duduk kat IKTBN ni mcm2 kerja kena buat.Mengajar kan satu tugas yang bukan mudah.Orang luar nampak macam senang tapi sebenarnya macam2 kena buat tau.Mujur ad kawan2 yang boleh dirujuk.SUpervisor-supervisor yang tak kurang hebat semua tunjuk skill mengajar aku.Haha..
Aku masa mula-mula tu rasa tak yakin nak mengajar dan Ms Intan cabar dan aku berani sahut cabaran dia yang aku boleh dan mampu lakukan tugas yang diberikan..Oh ya nnt aku sambung lagi..dah pukul 12pm dah ni..ok..